Selamat Datang ke
SK Cyberjaya

 

Dapatkan Maklumat Terkini SKCJ!

Sekolah Amanah

SKCJ diiktiraf sebagai Sekolah Amanah sejak 2016. Sekolah Amanah merupakan pengurusan kerjasama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM.

Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.

Sekolah TS25

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

Pembelajaran Dual Language Programme (DLP)

SKCJ menawarkan Dual Language Programme (DLP) merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran bidang Sains dan Matematik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Penerapan & Pembangunan Modal Insan

Penguasaan Akademik

Di SKCJ, penguasaan akademik menjadi teras kepada perkembangan murid. Kami komited ke arah menjadikan SKCJ antara sekolah terbaik di Selangor & di Malaysia

Kecemerlangan KoKurikulum

Penglibatan aktiviti sukan,unit beruniform dan kelab pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Antara acara rutin seperti hoki, boling, catur, rugbi, TKRS, Pandu tunas Puteri, Pengakap, Kelab Bahasa Inggeris, STEM & lain-lain

Pembangunan Sahsiah

Pembangunan jati diri dan juga ‘softskilll’ murid-murid dititik beratkan dengan pendedahan kepada program seperti FINCO, Kem Kepimpinan, Bengkel Motivasi & lain-lain

Misi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Visi Amanah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Matlamat

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan Tuhan. 

Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab berketrampilan, berakhlak mulia, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

lagu Sekolah

Bersatu Tekad Dan Azam
Warga Sekolah Bestari
Membina Negara Ke Arah Wawasan
Gemilang Dan Terbilang

Menjulang Matlamat Negara
Hadapi Segala Cabaran
Berpimpinlah Tangan
Menuju Kejayaan
Namamu Kan Ku Julang

SK Cyberjaya
Sekolah Yang Bitara
Cemerlang Ilmu
Cemerlangn Akal Budi
Sahsiah Perkerti Mulia
Keimanan Penuh Di Dada
Sayang Keluarga Dan Guru Tercinta
Berilmu Menuju Jaya (2x)